Air Asam Menyengat

Resepi asli turun temurun.. sesuai dimakan bersama ikan bakar dan lain-lain.. MESTI CUBA!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Air Asam Menyengat

Resepi asli turun temurun.. sesuai dimakan bersama ikan bakar dan lain-lain.. MESTI CUBA!!

BAHAN-BAHAN

  • asam jawa (anggaran sekepal) + air
  • *BAHAN UNTUK DIHIRIS NIPIS
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji tomato
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 3 biji cili padi
  • *BAHAN UNTUK DITUMBUK
  • 1 biji cili merah
  • 2 biji cili padi
  • 1/2 inci belacan bakar
  • garam
  • gula
  • *BAHAN UNTUK DIPERAH
  • 1 biji limau nipis
  • 1/4 biji lemon
CARA PENYEDIAAN
  • Ambil asam jawa dan campurkan sedikit air panas. Tapis air asam jawa untuk mendapatkan jusnya sahaja. Ulangi langkah ini sebanyak 2 kali. Jangan terlalu cair.
  • Masukkan bahan-bahan yang dihiris nipis ke dalam air asam jawa.
  • Tumbuk bahan-bahan tumbuk dan masukkan ke dalam campuran air asam jawa.
  • Perah limau nipis dan lemon untuk memasamkan lagi air asam.
  • Untuk menjadikan air asam lebih menyengat, hiriskan kulit limau nipis dan lemon dan masukkan ke dalam air asam… Pasti sedap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago