Agar-Agar Santan Pelangi

sesuai untuk minum petang atau dibuat pencuci mulut

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Agar-Agar Santan Pelangi

sesuai untuk minum petang atau dibuat pencuci mulut

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • 1 paket serbuk agar-agar
  • 200 gm gula pasir
  • 1000 ml air
  • 3-4 helai daun pandan
  • Bahan B
  • 1 paket serbuk agar-agar
  • 200 gm gula pasir
  • 1000 ml santan
  • Pewarna kuning, merah, hijau,oren atau apa pun warna pilihan anda
  • Bekas berukuran 25cm x 15cm
CARA PENYEDIAAN
  • Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. (Jangan tutup api hanya perlahankan dan biarkan kedua-dua bahan terus mendidih supaya ia tidak keras).Tuang ke dalam loyang sebanyak 250ml agar-agar santan (Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 250ml agar-agar plain (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setitis dua pewarna pilihan anda.
  • Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, mengikut contoh susunan di bawah.
  • LAPISAN 1 – 250 ML AGAR-AGAR KUNING SANTAN,
    LAPISAN 2 – 250 ML AGAR-AGAR KUNING PLAIN,
    LAPISAN 3 – 250 ML AGAR-AGAR HIJAU SANTAN,
    LAPISAN 4 – 250 ML AGAR-AGAR HIJAU PLAIN
    LAPISAN 5 – 250 ML AGAR-AGAR MERAH SANTAN,
    LAPISAN 6 – 250 ML AGAR-AGAR MERAH PLAIN,
    LAPISAN 7 – 250 ML AGAR-AGAR OREN SANTAN,
    LAPISAN 8 – 250 ML AGAR-AGAR OREN PLAIN
  • Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah masukkan dalam peti sejuk. Lebih sedap dihidangkan dalam keadaan sejuk

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago