RESEPI DARI MAK SAUDARA
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
AGAR-AGAR CUSTARD BEROTI
RESEPI DARI MAK SAUDARA
BAHAN-BAHAN
- 20gm agar-agar
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair tadi)
4 biji telur
2 cawan gula
1 cawan tepung custard
1 bungkus roti bantal (buang sisi tepinya)
CARA PENYEDIAAN
- 1. Rendam agar-agar sehingga kembang. Selepas kembang, rebus bersama air hingga hancur.
2. Setelah hancur, kecilkan api. Telur dipukul dan dimasukkan ke dalam susu cair.
3. Masukkan tepung custard ke dalam agar-agar tadi dan gaul hingga tidak berketul-ketul.
4. Masukkan bancuhan susu itu tadi ke dalam agar-agar dan kacau sehingga masak dan akhir sekali masukkan gula.
5. Setelah masak, angkat (kalau berketul, boleh ditapis).
6. Susun roti bantal ke dalam loyang dan kemudian tuangkan bancuhan agar-agar itu tadi. Biarkan sejuk dan simpan ke dalam peti sejuk.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.