puding untuk hantaran

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Agar-agar buah-buahan

puding untuk hantaran

BAHAN-BAHAN

  • 60 g agar-agar (jalur)
  • 800 ml air
  • 20 gm gula batu
  • 850 gm gula pasir
  • 1 putih telur
  • pewarna merah, kuning , biru.
    lidi satay, pencucuk kecil
    berus warna
  • sedikit esen (kak pah suka esn ros je untuk apa-apa agar-agar. konsevatif gitu)
CARA PENYEDIAAN
  • masak agar-agar dengan air sehingga hancur
  • masukkan gula pasir dan gula batu, kacau berterusan .
  • ambil sedikit larutan agar-agar ke dalam bekas lain untuk menyadur buah.
  • pukul putih telur, masukkan kedalam larutan pertama, terus kacau di atas api perlahan untuk lebih kurang 5 minit. matikan api, ters mengacau sehingga agar2 hampir beku
  • tuang agar-agar ke dalam acuan kecil dan besar mengikut jenis buah yang hendak dihasilkan, biar sejuk selama 8 jam.
  • mulalah berkarya…ukir agar-agar menjadi bentuk yang diingini.
  • warnakan, sejukkan selama beberapa jam lagi.
  • panaskan semula agar-agar yang disimpan tadi. gunakan untuk mencelup agar-agar buah yang telah siap dibentuk dan warna
  • *untuk pisang, cucukkan “buah pisang” di atas sikat pisang yang asli (buahnya kita makan, sikatnya guna utk gubahan hantaran ini)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN