Bagaimana cara nak masak Acar Timun?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Acar Timun

Bagaimana cara nak masak Acar Timun?

BAHAN-BAHAN

  • 1 batang timun saiz besar (Dipotong kecil)
  • 1 batang lobak merah (Dipotong kecil)
  • 1 sudu makan biji sawi 
  • 2 sudu makan cili kisar 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • ½ cawan air 
  • 3 sudu makan cuka 
  • 2 labu bawang besar (Dibelah 6) 
  • 3 ulas bawang putih (Dibelah 2) 
  • 2 biji cili merah (Dihiris kasar) 
  • 1 sudu makan bijan (Digoreng tanpa minyak) 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • 3 sudu makan gula 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan biji sawi, cili kisar, dan serbuk kunyit sehingga wangi. 
    2. Masukkan air, cuka, gula, dan garam. Masakkan sehingga mendidih. 
    3. Masukkan timun, lobak merah, bawang besar, bawang putih, dan cili merah. 
    4. Masakkan sehingga mendidih dan agak pekat. 
    5. Tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk. 
    6. Taburkan bijan dan sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN