Bagaimana cara nak masak Acar Telur Puyuh?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Acar Telur Puyuh

Bagaimana cara nak masak Acar Telur Puyuh?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 20 biji telur puyuh (Direbus dan dikupas kulit) 
  • 1 batang timun 
  • 1 batang lobak merah 
  • 2 labu bawang besar (Dihiris)
  • 10 biji bawang merah (Dihiris)
  • 3 biji cili merah (Dihiris)
  • 3 biji cili hijau  (Dihiris)
  • 3 sudu makan cuka tiruan 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 1 sudu teh kapur makan (Dibancuh dengan 1 liter air) 
  • 2 sudu makan gula 
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B (Tumisan)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris)
  • ½ inci halia (Dihiris)
  • 1 sudu makan biji sawi 
  • 3 sudu makan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong semua sayur kecil dan memanjang. 
    2. Rendamkan sayur-sayuran di dalam air kapur supaya rangup. Kemudian, tuskan supaya kering. 
    3. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan B. 
    4. Masukkan cuka tiruan, garam, gula dan serbuk kunyit. 
    5. Apabila mendidih, masukkan telur puyuh, timun, lobak merah, bawang 
      besar, bawang merah, cili merah, dan cili hijau. Kacau sehingga rata. 
    6. Apabila pekat, angkat dan sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN