Resipi ciptaan sendiri tapi sedap juga. Macam makan di kenduri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Acar Simple

Resipi ciptaan sendiri tapi sedap juga. Macam makan di kenduri.

BAHAN-BAHAN

  • 1 batang lobak merah dihiris memanjang
  • 1 biji timun (buang tengah dan hiris memanjang)
  • 1 cawan kiub nenas dalam tin (belah 2 tiap 1)
  • 1/2 cawan kismis
  • 6 ulas bawang putih (belah 2)
  • 6 ulas bawang merah (belah 2)
  • 2 sudu besar minyak
  • 1/2 cawan air dari nenas dalam tin
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili
  • Bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
  • 1 inci halia dihiris nipis memanjang
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan halia. Biar naik bau sedikit baru masukkan bawang merah dan putih. Kacau sekejap.
  • Masukkan air nenas, sos cili dan tomato. Biar didih sekejap. Masukkan lobak merah dan kacau.
  • Masukkan kismis, timun dan nenas. Kacau sikit. Tambah garam dan gula. Kacau dan kecilkan api.
  • Biarkan agak pekat/agak kering baru diangkat. Jangan lupa rasa masam dan manisnya dulu.
  • Boleh tabur bijan kalau suka.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN