sesuai dimakan dengan nasi putih dan sebagainya

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Acar Rampai

sesuai dimakan dengan nasi putih dan sebagainya

BAHAN-BAHAN

  • 600gm timun – potong, buang pulurnya
  • 600gm carrot – potong
  • 600gm ubi sengkuang atau lobak putih – potong
  • 140gm halia – mayang halus
  • 20 ulas bawang merah – kalau besar belah dua
  • 20 ulas bawang putih – buang kulit
  • 10 cili merah & cili hijau – belah dua
  • *30 biji cili kering
  • *2 buku kunyit hidup
  • *1″ halia
  • *4 ulas bawang merah
  • *4 ulas bawang putih
  • 2 cawan minyak
  • 2 sb bijan digoreng tanpa minyak dan ditampi
  • 2 sb biji sawi
  • 3 cawan cuka
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sb ajinomoto
  • garam, air sejuk (optional), tomato sauce
CARA PENYEDIAAN
  • basuh, buang kulit, potong semua bahan-bahan seperti carrot, halia, bawang putih, bawang merah , cili hijau, cili merah, ketepikan
  • giling, tumbuk halus atau blend bahan bertanda *,
  • pijarkan minyak, tumis biji sawi, bahan tumbuk atau blend tadi bersama cuka, gula, garam dan ajinomoto, masak hingga harum, pecah minyak dan cili secukup masak, masukkan pula tomato sauce, kacau dan rasa dulu kalau kurang masam atau manis boleh ditambah, goreng seketika,
  • masukkan kesemua sayur-sayuran kecuali timun dan ubi sengkuang, goreng seketika atau sedikit layu, kemudian masukan pula timun dan ubi sengkuang tadi, goreng seketika, tutup api, hidangkan, taburkan sedikit bijian

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN