Acar peria yang mudah disediakan, enak dan menyihatkan!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Acar Peria

Acar peria yang mudah disediakan, enak dan menyihatkan!

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji peria seberat 400 gram – belah 2, buang biji dan hiris nipis – jika tidak suka pahit boleh ramas dengan sedikit garam dan kemudian bilas / perah hingga kering
  • 1 biji cili merah – hiris
  • 7 biji cili padi – hiris
  • 1 labu bawang besar – hiris
  • 3 biji bawang merah – hiris
  • 1 genggam udang kering – rendam hingga kembang dan toskan airnya
  • 1/2 cawan jus limau kasturi
  • 3 sudu makan gula
  • 1 sudu teh garam
CARA PENYEDIAAN
  • 1. Masukkan kesemua bahan hiris ke dalam sebuah mangkuk.
  • 2. Tuangkan jus limau kasturi, gula dan garam.
  • 3. Gaul sebati dan akhir sekali masukkan udang kering. Gaul sekali lagi.
  • 4. Biarkan sekurang-kurangnya 20 minit sebelum dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN