Bagaimana cara nak masak Acar Lemak Ayam?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Acar Lemak Ayam

Bagaimana cara nak masak Acar Lemak Ayam?

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg ayam (dipotong kecil) 
  • 5 sudu makan minyak masak 
  • 5 biji cili merah              
  • 2 inci halia                    
  • 6 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • (Cili merah, halia bawang merah dan bawang putih dikisar bersama)
  • 1 cawan santan 
  • 2 sudu makan cuka 
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa 
  • 3 biji cili merah (Dihiris kasar)           
  • 3 biji cili hijau (Dihiris kasar)                
  • 1 labu bawang besar (Dihiris kasar) 
CARA PENYEDIAAN
    1. Buangkan kulit ayam. Basuh dan tuskan. 
    2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. 
    3. Masukkan ayam dan gaul rata. 
    4. Masukkan santan, cuka, gula, dan garam. 
    5. Masakkan di atas api sederhana sehingga santan mendidih dan pekat. 
    6. Masukkan bahan yang dihiris kasar dan kacau rata lagi. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN