Acar Ikan Masin

Bagaimana cara nak masak Acar Ikan Masin?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Acar Ikan Masin

Bagaimana cara nak masak Acar Ikan Masin?

BAHAN-BAHAN

  • 300 g isi ikan masin (talang, kurau ataupun merah)
  • 25 tangkai cili kering
  • 3 inci halia
  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • (Cili kering, halai, bawang merah dan bawang putih dikisar bersama)
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 cawan kismis
  • 1 cawan buah jeruk
  • ½ cawan lobak masin
  • 10 biji bawang merah
  • 2 inci halia (Dimayang halus)
  • 2 sudu makan bijan goreng (Sebagai hiasan)
  • ½ cawan cuka
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak (Bagi menumis)
  • Garam secukup rasa (Sekiranya perlu)
CARA PENYEDIAAN
  1. Ikan masin dipotong kecil dan digoreng. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, dan serbuk kunyit sehingga wangi dan naik minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan cuka dan gula.
  4. Apabila mendidih, masukkan kismis, buah jeruk, lobak masin, dan biarkan mendidih lagi.
  5. Masukkan bawang merah, halia, dan ikan masin yang digoreng tadi.
  6. Masukkan garam sekiranya perlu. Kacau rata.
  7. Taburkan bijan goreng dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago