Idea resipi ni timbul masa tengah goreng ikan :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Acar Ikan Lobak Merah

Idea resipi ni timbul masa tengah goreng ikan :)

BAHAN-BAHAN

  • 5 ekor ikan
  • 1 batang lobak merah – hiris kecil memanjang
  • 1/2 batang timun – hiris kecil memanjang
  • 1/2 biji bawang besar – dihiris
  • Garam dan kunyit
  • 2 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 1/2 cawan cuka
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Rendam lobak merah, timun dan bawang besar dengan cuka.
  • Bersih ikan. Lepas tu letaklah garam dan kunyit.
  • Goreng ikan dalam minyak banyak sehingga garing. Bila dah masak tu angkat dan letaklah di atas kertas tisu. Biar minyak kat ikan tu menyerap kat tisu.
  • Buang minyak dalam kuali yang diguna untuk goreng ikan tadi. Tinggalkan sikit minyak kat kuali lebih kurang 1~2 sudu besar.
  • Tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  • Sejatkan lobak merah, bawang dan timun tadi. Cuka yg lebih tu buang saja lah.
  • Bila yang dalam kuali dah mendidih. Masukkan yang no.6 tadi ke dalam kuali. Tambahlah garam dan gula.
  • Bila dah cukup rasa tu. Boleh padamkan api. Jangan masak terlalu lama.. nanti sayur tu dah tak rangup.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN