Bagaimana cara nak masak Acar Daging?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Acar Daging

Bagaimana cara nak masak Acar Daging?

BAHAN-BAHAN

  • 400 g daging (Dihiris kecil dan nipis) 
  • 8 biji bawang merah (Dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 3 sudu makan cili kisar 
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 1 sudu teh biji sawi 
  • 2 cawan air 
  • 2 sudu makan cuka
  • 1 sudu makan gula 
  • 1 batang lobak merah (Dipotong kecil) 
  • 1 batang timun (Dihiris kasar)
  • 3 biji cili merah (Dihiris kasar)
  • 3 biji cili hijau (Dihiris kasar)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris kasar)
  • 2 sudu makan bijan (Digoreng tanpa minyak) 
  • 4 sudu makan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dihiris, cili kisar, serbuk jintan manis, serbuk kunyit, dan biji sawi sehingga 
      pecah minyak. 
    2. Masukkan daging dan air. Masakkan sehingga daging lembut dan airnya kering. 
    3. Buangkan biji tengah timun. Potong kecil dan panjang. 
    4. Masukkan cuka, gula, dan garam. Masakkan sehingga mendidih. 
    5. Masukkan lobak merah, timun, bawang besar, cili merah dan cili 
      hijau. Kacau rata. 
    6. Masukkan ke dalam pinggan dan taburkan bijan. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN