Sedap dimakan dengan nasi panas-panas :)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Acar Buah
Sedap dimakan dengan nasi panas-panas :)
BAHAN-BAHAN
- 1/2 Kg Buah-buahan jeruk @ kering
- 10-15 Biji Bawang merah
- 10 biji bawang putih
- 50gm cili kering, rendam dgn air panas sebentar.
- 5-10cm halia bergantung kepada saiz halia
- 400gm gula dan 1 sudu teh garam
- 2 cawan cuka
- Sedikit rempah kari daging jika suka
- Bijan goreng tanpa minyak sebagai hiasan
- 1/2kg minyak masak
CARA PENYEDIAAN
- Mesin, cili, bawang merah, bawang putih dan halia.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan mesin sampai naik minyak, tambahkan serbuk kari daging semasa menumis jika suka.
- Masukkan gula, garam dan cuka, tumis lagi sehingga naik minyak, masukan buah-buahan kering, kacau masak sampai pekat.
- Nota: masa memasak acar buah ni boleh mencapai sehingga 2 jam, jangan ditambah air demi menjaga ketahanan acar buah kita. Tabur bija goreng semasa hendak makan. Selamat mencuba :)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.