Bagaimana cara nak masak Acar Berempah Kedondong?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Acar Berempah Kedondong

Bagaimana cara nak masak Acar Berempah Kedondong?

BAHAN-BAHAN

  • 15 biji kedondong 
  • ½ cawan minyak masak 
  • 2 inci halia                  
  • 5 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang  putih  
  • ( Halia, bawang merah dan bawang putih dikisar bersama)
  • 3 sudu makan cili kisar 
  • 1 sudu makan rempah kari  (dibancuh dengan sedikit air) 
  • ½ cawan air 
  • 2 sudu makan cuka 
  • 4 sudu makan gula 
  • Garam secukup rasa 
  • ½ cawan kismis 
  • 2 sudu makan bijan  (digoreng tanpa minyak) 
CARA PENYEDIAAN
    1. Buangkan kulit kedondong. Basuh dan tuskan. 
    2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bahan kisar, cili kisar, dan rempah kari sehingga pecah minyak. 
    3. Masukkan air, cuka, gula, dan garam. Masak sehingga mendidih. 
    4. Masukkan kedondong dan kismis. Masakkan sehingga kedondong menjadi lembut. 
    5. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan hidangan. Taburkan bijan. 

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN