kue lama dari arwah mak dimodifiedkan ikut sukatan metrik…….;))maklum mak2 kita dulu main lebur je tpi jdi jgk eh?hee3

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Abuk-Abuk Sago Gula Melaka

kue lama dari arwah mak dimodifiedkan ikut sukatan metrik…….;))maklum mak2 kita dulu main lebur je tpi jdi jgk eh?hee3

BAHAN-BAHAN

  • 500g sago biji-cuci dan toskan
  • 250g kelapa parut putih-ble kurangkan jika tak suka bnyk kelapa
  • 400g gula melaka- dihiris2(jika kurang ble tambah lagi)
  • secukup daun pisang utk membungkus-dilayur dan bersihkan
  • sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
  • masukkan sago biji,kelapa parut dan garam didalam mangkuk besar dan digaul rata.
  • ambil sehelai daun pisang yg di potong berukuran 4″x10″ atau ikut pilihan masing2(jika inginkan kue nya besar atau kecil)
  • buatkan sprt kon dan masukkan 1 sdm sago dan tekankan sedikit agar mampat.
  • masukkan 3/4 sdm gula melaka
  • dan akhir skali masukkan 1 sdm sago lagi-tekankan sedikit lagi baru di bungkus kemas2
  • pastikan air dikukusan sudah panas baru dikukus anggaran 25 atau 30 min atau sehingga sagonya masak(bertukar menjadi jernih)
  • jika ingin mudah lagi buatkan cara yg sama didalam loyang(tak perlu daun pisang)dan akhir sekali sebelum mengukus taruhkan sedikit daun pandan agar aromanya wangi.setelah sejuk baru dipotong2.selamat mencuba

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN