Resepi asal Azita Kitchen, tq sis…jgn mare ubah sikit yer.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

*_* PUDING PISANG PELANGI*_*

Resepi asal Azita Kitchen, tq sis…jgn mare ubah sikit yer.

BAHAN-BAHAN

  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 650 ml air
  • 60gm mentega ( guna 2 sudu makan marjerin)
  • 1/2 cawan pisang lenyek (guna pisang awak)
  • 1/2 tin susu cair (2 sudu makan susu pekat + 1 cawan air panas)
  • 1 sudu makan tepung kastad
  • sedikit esen vanila
  • 3 biji telur
  • Pewarna hijau, kuning dan merah
  • 200 gm gula (guna 160 gm gula)
CARA PENYEDIAAN
  • Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih.
  • Masukkan telur, pisang lenyek, bancuhan susu, esen vanila, marjerin dan tepung kastad dalam blender. Blend sampai sebati dan kembang.
  • Satukan adunan blend tadi ke dalam campuran agar-agar, kacau perlahan hingga sebati. Kecilkan api sedikit. Kacau hingga mendidih.
  • Kemudian tapiskan adunan tersebut. Bahagikan kepada 3 bahagian, warnakan.
  • Sengetkan acuan, masukkan 1 warna, 1 senduk kecil(3 sudu makan). Buat berselang seli hingga habis. Sejukkan dan simpan dalam peti ais.
  • Hasilnya…tadaaaaaaaa…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN