tuna sandwich

Kadang-kadang bila pagi kelam-kabut, memang kita perlukan menu yang cepat, mudah dan tak renyah. Tuna sandwich ini antara pilihan paling selamat sebab bahan pun simple, cara buat pun tak ambil masa lama. Sesuai sangat untuk sarapan atau bekal ke tempat kerja dan sekolah.

Tambahan pula, gabungan tuna dengan mayonis dan sayur segar memang bagi rasa creamy dan rangup sekali. Nak makan begitu saja pun dah sedap, kalau grill roti lagi memang naik level rasa dia. Sekali buat, confirm jadi menu repeat!

Kalau anda tengah cari idea menu ringkas tapi mengenyangkan, resipi sandwich tuna ni memang wajib cuba. Boleh juga bahan-bahan mengikut kesesuaian bergantung pada selera masing-masing.

Baca juga: Resipi Roti Telur Lembut & Tak Kering Walaupun Dah Sejuk, Jadi Menu Rebutan Anak-Anak!

RESIPI TUNA SANDWICH

tuna sandwich

Bahan-bahan:

  • 2-4 keping roti (ikut pilihan, roti putih atau wholemeal)
  • 1 tin tuna (chunk in water)
  • 3-4 sudu besar mayonis
  • 1/4 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 1/2 batang timun (dipotong dadu kecil)
  • 2-3 biji cili api (dihiris)
  • 1 batang daun bawang (dihiris)
  • Sedikit garam (jika perlu)
  • Serbuk lada hitam atau seasoning (optional)
  • Mentega (butter)
  • Daun salad secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Toskan air tuna dan ambil isinya sahaja. Kemudian hancurkan sedikit menggunakan garpu.
  2. Masukkan tuna ke dalam mangkuk, kemudian campurkan mayonis, bawang besar, timun, cili api dan daun bawang.
  3. Gaul sehingga sebati. Rasa dan boleh ubai suai ikut selera, tambah sedikit garam atau lada hitam jika suka.
  4. Panaskan kuali dan grill roti di kedua-dua belah sehingga sedikit garing.
  5. Setelah roti siap, sapukan sedikit mentega di atas permukaan roti.
  6. Letakkan daun salad, kemudian baru letakkan inti tuna secukupnya.
  7. Tutup dengan sekeping lagi roti dan potong mengikut citarasa. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Thread @jana_kitchen

Baca juga: Resipi Mantou Sandwic Sardin, Padanan Roti Rangup Dengan Inti Pedas Memang Padu & Kenyang!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN