Categories: Resipi

Resipi Tharid (Stew Kambing), Hidangan Kegemaran Rasulullah SAW

Sempena memperingati Maulidur Rasulullah SAW, mari kita mempelajari makanan-makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW dan salah satunya adalah resipi Tharid (Stew Kambing). 

Ternyata, Nabi Muhammad SAW mempunyai salah satu menu makanan kegemarannya. Ia sangat terkenal sehingga tercatat dalam kisah-kisah sejarah dan hadis iaitu Tharid. Rasulullah sangat menyukai makanan ini sehingga Baginda menyamakan Tharid dengan anak perempuannya, Fatimah.

Baca juga: Buah Kurma Campur Butter Viral, Memang Tak Berhenti Makan Dibuatnya!

Menurut Amaliah.com, Tharid ialah hidangan daging yang dihidangkan bersama Talbina. Biasanya hidangan ini dimasak dengan kambing, tetapi daging lembu boleh digunakan sebagai pengganti yang sesuai. Daging dimasak dengan bawang dan kacang kuda. Serta pelbagai rempah ratus dan direbus sehingga masak.

Ikuti resipi penuh di bawah.


RESIPI THARID (STEW KAMBING)

Tharid ialah hidangan tradisional Arab yang diperbuat daripada kepingan roti yang direndam dalam kuah stew kambing. 

Bahan-bahan:

Cara-cara membuatnya:

1. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Bila dah panas, masukkan bawang besar yang telah dihiris. Masak dengan api sederhana sehingga bawang naik bau. Pastikan sentiasa kacau supaya tidak hangus.

2. Dalam kuali besar lain, masak daging dalam minyak sehingga bertukar warna. Taburkan dengan garam dan lada sulah untuk meningkatkan rasa.

3. Setelah daging masak, masukkan bawang besar yang telah ditumis tadi. Masak bersama selama beberapa minit.

4. Kacau hingga sebati, kemudian masukkan kacang kuda dan masukkan air.

5. Taburkan lada sulah dan ketumbar secukup rasa, ini memberi lebih rasa kepada kuahnya.

6. Masak dengan api sederhana sehingga nampak buih pada permukaan kuahnya. Keluarkan buih dengan sudu.

7. Kecilkan api dan masak dengan api perlahan selama 1 setengah hingga 2 jam, atau sehingga daging betul-betul empuk.

8. Letakkan roti ke dalam mangkuk hidangan dan tuangkan kuahnya di atasnya. Ini akan melembutkan roti dan menjadikannya berperisa. Tambah kandungan Tharid.

9. Biarkan pada suhu yang boleh dimakan secara semulajadi, tidak perlu tergesa-gesa dan tidak meniup seperti yang Baginda ajar.

Hadis tentang Tharid

Rasulullah SAW membandingkan kelebihan Tharid dengan makanan lain, seperti Fatimah dengan wanita lain. Dalam erti kata lain, Tharid adalah hidangan kegemarannya. Seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan dinyatakan dalam Sahih al-Bukhari:

“Sebagaimana tharid lebih lazat daripada semua masakan, begitu juga Fatimah yang lebih lazat daripada semua wanita,” kata Rasulullah.

Selain Tharid, Rasulullah SAW juga menyukai Talbina. Antara menu yang sering dihidangkan bersama Tharid. Talbinah ialah sejenis sup yang mengandungi lemak, gandum, madu dan sayur-sayuran hijau.


Selamat menncuba resipi hidangan kegemaran Rasulullah SAW ini.

Sumber: Amaliah.com

Baca juga: Kenali 7 Jenis Kurma Yang ‘Famous’ Dekat Malaysia, Anda Suka Yang Mana?

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago