Categories: Resipi

Resipi Thai Red Ruby Dessert, Antara Pencuci Mulut Viral Dan Sedap!

Resipi Thai Red Ruby Dessert atau Butir Delima ini adalah sejenis pencuci mulut tradisional dari Thailand yang popular di kalangan pencinta makanan manis. Dessert ini dikenali dengan nama “Tub Tim Grob” dalam bahasa Thai.

Ia terdiri daripada sengkuang cina dan tepung ubi kayu sebagai “ruby”, yang direndam dalam air gula, serta diletakkan di atas kuah santan berlemak manis. Barulah ia tak liat dan rasanya lebih sedap.

Baca juga: Boba Kampung Ikut Resipi Thai Dessert, Warna-warni Cantik Kejadiannya

Manisan ini sering dihidangkan dengan ais parut dan kadang-kadang ditaburi dengan ais batu untuk tambahkan lagi kesegaran. Rasa manis dan tekstur yang unik menjadikan Thai Red Ruby Dessert pilihan yang segar dan memuaskan bagi ramai orang, terutamanya dalam cuaca panas.

RESIPI THAI RED RUBY DESSERT

Bahan-bahan untuk sirap:

Bahan-bahan untuk kuah santan:

Bahan-bahan untuk red ruby:

Cara-cara penyediaan:

1. Mula-mula, asingkan buah nangka tin dari sirapnya. Buah nangka itu pula hiris nipis. Ketepikan.

2. Dalam pan, masakkan sirap nangka dan gula pasir hingga mendidih. Ketepikan.

3. Untuk buah bahan kuah santan pula, masukkan sedikit air, daun pandan, secubit garam. Masak hingga mendidih. Kemudian, sejuk dan ketepikan.

4. Sengkuang dipotong dadu kecil. Tuang sirap merah ke atasnya selepas siap dipotong untuk dijadikan red ruby. Kemudian, tapis dan toskan kering.

5. Tuang tepung ubi kayu ke dalam bekas. Masukkan red ruby dan kacau rata. Kemudian, tapir dari lebihan tepung.

6. Masak air hingga mendidih. Masukkan red ruby dan masak hingga salutan tepung masak berkilat.

7. Angkat red ruby dan sejukkan dalam air sejuk berisi ais.

8. Hiaskan thai red ruby dalam gelas dan sedia untuk dihidang.

Video penuh:

@kak_t68

TUB TIM GROB♦️ ( Thai Red Ruby Dessert) @Saji Malaysia Bahan2 untuk Sirap 🥃Isi Nangka Tin diasingkan dari sirapnya (Nangka dihiris nipis) 🥃Sirap nangka 🥃1/2 cawan gula pasir Bahan2 untuk Kuah Santan 🥥2 kotak Krim Kelapa Pekat SAJI 🥥2 cawan Air 🥥Secubit garam SAJI 🥥2 helai Daun pandan Bahan2 untuk Red Ruby: ♦️1 biji Sengkuang ♦️Sirap Rose / Red Colouring ♦️Tepung ubikayu Cara2 boleh refer di video🎥 #redrubydessert #thaidessert #ramadhan2024 #tubtimgrob #pemanismulut #dessertlover #fyp #thaifood

♬ Ramadan Kareem – Megan Yagami

Sumber: TikTok Hayati Abdullah 

Baca juga: Resipi Chocolate Truffles Style Mr. Ali, Terasa Gourmet Buat Dessert Macam Ini

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Donut Kapas Terlajak Gebu, Makan Sebiji Tak Cukup!

Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…

3 days ago

Resipi Celup Tepung Rangup Krup Krap, Goreng Apa Saja Pun Boleh!

Kalau ada yang rindu nak makan celup tepung seperti di Terengganu, apa kata kita cuba…

3 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Cara Mudah Guna Sukatan Cawan!

Resipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang lembut…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Siam, Rasa Masam-Masam Pedas Yang Pasti Menggoda!

Jom cuba resepi sup ayam Thai ini! Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam…

3 days ago

Resipi Beef Lasagna Tanpa Guna Sos Segera, Sedap Makan Panas-Panas!

Bosan asyik makan nasi untuk makan tengah hari? Apa kata cuba resepi lasagna daging yang…

3 days ago

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

6 days ago