telur pecah sambal berlado

Resipi ini mungkin menarik perhatian anda untuk dicuba. Resipi telur pecah sambal berlado yang sedap! Apa yang penting, menu ini sangat cepat untuk disediakan. Maklumlah, ramai yang memilih untuk masak sendiri di rumah berbanding membeli menggunakan aplikasi penghantaran makanan kerana risau dijangkiti virus covid-19.

Namun, lama kelamaan akan muncul rasa bosan dan ‘tak tahu’ nak masak apa akibat terlalu lama berada di rumah. Kalau boleh hanya nak masak masakan yang simple dan tidak rumit untuk disediakan. Betul tak?

Kalau ada yang nak cuba, jom lihat resipi untuk menyediakan hidangan ini yang merupakan hasil perkongsian oleh saudari Zana Mokhtar di bawah. Tak perlu lauk lain dah, satu lauk ini pun dah cukup berselera! Confirm makan bertambah nasi.

Resipi Telur Pecah Sambal Berlado

Bahan-bahan:

  • Telur
  • Cili masak*
  • Cili api*
  • Tomato*
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Sos tiram
  • Garam

Cara-cara:

1. Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda (*).

2. Tumiskan bahan-bahan yang sudah ditumbuk sehingga ia nampak garing dan sudah pecah minyak.

telur pecah sambal berlado

3. Masukkan sos tiram dan biarkan seketika.

4. Tambahkan air sedikit dan garam.

5. Biarkan sekejap dan selepas tu pecahkan telur di dalamnya. Biarkan sekejap telur itu.

6. Angkat dan hidangkan. Sedia untuk dimakan.

telur pecah sambal berlado

Kredit: Zana Mokhtar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN