
Cara bakar sweet potato guna air fryer memang sangat mudah. Tidak perlu menggunakan minyak langsung, tetapi hasilnya tetap lembut di bahagian dalam dan sedikit rangup di luar. Rasanya manis secara semula jadi, sesuai dijadikan snek sihat atau hidangan minum petang.
Selain mudah disediakan, cara ini juga menjimatkan masa. Hanya perlu basuh ubi, bakar mengikut suhu dan masa yang betul, kemudian rendam seketika dalam air sejuk supaya isinya menjadi lebih lembut.
Sweet potato bakar paling sedap dimakan panas-panas. Jika mahu menambah rasa, boleh sapukan sedikit madu atau mentega di atasnya. Mudah, sedap dan mengenyangkan, memang berbaloi untuk dicuba di rumah.
Baca juga: Resipi Pengat Nangka Campur Ubi Keledek, Rasa Lemak Manis Pasti Memikat Selera!
CARA BAKAR SWEET POTATO GUNA AIR FRYER

Cara-cara:
- Basuh ubi keledek hingga bersih dan keringkan.
- Panaskan air fryer pada suhu 200°C selama 10 minit, kemudian masukkan ubi.
- Bakar selama 10 minit, kemudian terbalikkan ubi.
- Bakar semula selama 10 minit pada suhu yang sama.
- Keluarkan ubi dan rendam dalam air sejuk berais sehingga ubi tidak panas.
- Toskan, kemudian bakar semula pada suhu 180°C selama 20 minit.
- Terbalikkan ubi sekali lagi dan bakar tambahan 20 minit hingga kulitnya garing.
Sumber: Cik Ijan
Baca juga: Resepi Ubi Kayu Sira Gula Melaka, Guna 3 Langkah Je Tapi Sedapnya Boleh Pergi Jauh!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM













