Tiada idea untuk minum petang? Asyik goreng pisang bosan juga kan, apa kata anda cuba resipi tauhu sumbat pula, confirm anak-anak suka. Dihidangkan pula dengan kuah kacang memang boleh membangkitkan selera.
Jom cuba cara buat tauhu sumbat yang dikongsikan oleh Encik Shah Shantry di bawah. Katanya resipi ini dibuat khas untuk isterinya yang mengidam. Mesti sedap ni!
Baca juga: Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak
1. Tauhu digoreng sehingga masak, kemudian dipotong segi tiga. Tengah-tengah tauhu tu dikelar untuk sumbat sayur-sayur nanti.
2. Timun, sengkuang, lobak merah disagat atau dipotong memanjang. Taugeh dibuang ekornya, kemudian celur sekejap dengan air panas. Jangan celur terlalu lama, takut nanti lembik.
3. Bahan-bahan sayur bolehlah disumbat dalam tauhu yang dah digoreng dan dikelarkan di tengah-tengah tu.
1. Bawang besar, bawang putih, halia, serai dan cili kering dipotong kasar-kasar, kemudian goreng sekejap di dalam minyak. Bila agak-agak dah garing, angkat dan toskan.
2. Masukkan bahan-bahan tadi dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
3. Gunakan minyak lebihan goreng bahan-bahan tadi, kemudian tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
4. Bila dah agak-agak pecah minyak, masukkan gula merah @ nisan berserta air asam jawa.
5. Kemudian masukkan kacang tanah yang dikisar kasar tadi. Kalau agak kering dan pekat, boleh masukkan air. Ikut citarasa masing-masing nak kuah kacang tu macam mana sama ada pekat atau agak-agak cair sikit.
6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula. Agak dah okay rasanya, boleh tutup api.
7. Siap kuah kacang. Bolehlah dimakan dengan tauhu yang dah disumbat tadi.
Kredit gambar & resipi: Shah Shatry
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…