Hujung minggu ini kawan ajak picnic tapi aduhai tak tahu nak bawa apa nanti. Nasib baik MyResipi jumpa resipi tart telur yang tak hanyir ini.
Resipi tart telur ini tak renyah langsung. Bila gigit rasa lemak manis dan rangup kulit itu memang boleh kalah bakeri.
Jom cuba buat resipi ini, manis yang seimbang serta crunchy diluar tapi lembut di dalam boleh buat addicted tau!
Baca juga: Resipi Puding Trifle Cute, Ikut Cara Ini Sesuai Untuk Berniaga
Bahan-Bahan Kulit Tart:
Bahan-Bahan Inti:
Cara Membuat Kulit Tart:
1. Masukkan gula dan majerin ke dalam mangkuk. Putar hingga gebu selama 1-2 minit.
2. Masukkan telur dan putar lagi sehingga sebati.
3. Masukkan air sejuk dan esen vanila. Putar sekejap sahaja.
4. Akhir sekali, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Jika doh masih lembik, tambahkan sedikit lagi tepung gandum.
5. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
6. Simpan doh dalam peti sejuk selama setengah jam.
7. Doh siap untuk dimasukkan ke dalam acuan tart.
Cara Membuat Tart Telur:
1. Keluarkan doh dari peti sejuk dan tekan ke dalam acuan tart.
2. Untuk inti, campurkan semua bahan inti dan kacau rata. Tapis campuran inti untuk mendapatkan tekstur yang halus.
3. Tuang campuran inti ke dalam kulit tart yang telah disediakan.
4. Bakar dalam oven pada suhu 150°C dengan menggunakan api bawah sahaja selama setengah jam. Sentiasa periksa untuk mengelakkan daripada hangus. Jika belum masak, tambah masa membakar sedikit lagi.
Sumber: Resepi Baru
Baca juga: Bubur Cha Cha, Lembut Dan Lemak Manis Sampai Makan Berulang Kali
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…