Categories: Resipi

Resipi Spaghetti Carbonara Original Orang Itali, Tak Guna Sos Segera & Susu

Banyak resipi Spaghetti Carbonara yang kita sering jumpa di laman sosial. Tapi rata-rata resipi yang dikongsikan bukanlah resipi Spaghetti Carbonara original orang Itali. Rasa yang asli jauh lebih sedap dari menggunakan sos segera!

Resipi perkongsian oleh saudara Kamarul Ariffin ini sama sekali tidak menggunakan krim, susu atau sos segera. Nak tahu caranya? Jom lihat resipi di bawah.

Baca juga: Cara Buat Keropok Lekor Homemade, Ringkas & Tak Guna Banyak Bahan

Resipi Spaghetti Carbonara Original Orang Itali

Bahan-bahan:

  • 1 pek beef streaky
  • 4 butir telur ayam
  • 2 sb minyak zaitun
  • ½ cawan keju Parmesan
  • ½ pek spaghetti
  • Garam & lada hitam

Cara-cara:

1. Streaky beef ni beli di Giant belakang rumah! Benda kepingan daging lembu awet (cured). Kalau tak ada ni, ganti dengan pepperoni.

2. Goreng dengan minyak zaitun sekejap. Nak guna minyak masak biasa pun boleh.

3. Dah goreng, angkat. Jangan cuci kerak dalam pan tu lagi.

4. Sagat keju jadi macam ni. Ni keju Parmigiano Regianno atau lebih dikenali sebagai Parmesan! Beli di mana-mana pasar raya.

5. Pecahkan telur dan gaul. Gaul ala kadar sahaja.

6. Rebus spaghetti sampai al dente. Maksudnya tak payah sampai lembut gila. Biar ada kenyal/pejal sikit bila digigit.

7.  Letak dalam pan yang ada kerak streaky beef tu. Kerak tu banyak perisa. Rugi buang. Kalau kering, letak sikit air rebusan spaghetti tadi. Gaul sekejap.

8. Bila dah puas gaul. Tutup api. Kemudian tuangkan campuran keju dan telur tadi. Gaul sampai sebati dan mesra.

9. Kalau dah creamy, berhenti kacau. Masukkan streay beef dan gaul. Siap! Boleh masukkan garam dan lada hitam kalau kau rasa masih tak cukup masin dan kurang menyengat.

Selamat mencuba!

Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

1 day ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

1 day ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

1 day ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

1 day ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

1 day ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

1 day ago