Tiada idea nak masak apa menggunakan sotong? Apa kata jom cuba resipi sotong masak thai sos yang lazat ini.
Resipi perkongsian oleh Nurul Hasnita Taharim ini merupakan resipi asal dari selebriti masakan media sosial, Khairulaming.
Menurutnya, pertama kali buat pun pasti menjadi. Sangat senang dan rasanya juga sangat sedap. Jom cuba!
1. Bersihkan sotong dan kelar-kelarkan.
2. Masukkan ke dalam kuali dan biarkan sehingga sotong masak. Angkat dan letak dalam pinggan.
3. Untuk sos thai pula, tumbuk cili padi bersama bawang putih hingga lumat.
4. Gaul dan keluarkan dari lesung batu.
5. Kemudian masukkan 1 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos ikan dan perahan jus limau nipis.
6. Masukkan sedikit garam dan 3 sudu besar gula.
7. Masukkan daun ketumbar yang telah dipotong halus dan kacau sebati.
8. Tuang ke atas sotong. Sedia untuk dimakan!
Kredit: Nurul Hasnita Taharim
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…