sotong masak ala thai

Tiada idea nak masak apa menggunakan sotong? Jom cuba resipi sotong masak ala thai yang mudah dan sedap ini.

Boleh cuba masak nanti untuk makan tengahari. Ada satu lauk ini pun dah cukup sebab sangat lazat dan menyelerakan. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Daging Masak Hitam Kenduri Style, Rasa Memang Padu & Lazat

Cara Buat Sotong Masak Ala Thai

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Kacang panjang
  • Cili padi merah (mayang)
  • Serai -1 (hiris serong)
  • Daun limau purut – 4/5 helai
  • Serbuk lada hitam – sikit
  • Sos ikan – renjis ikut suka
  • Serbuk kunyit
  • Mushroom seasong (jika ada)

Bahan kisar:

  • 4-5 batang cili merah
  • 4-5 batang cili hijau
  • 1 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Belacan
  • Sedikit air

Cara-cara penyediaannya:

  1. Kisar semua bahan kisar. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi. Tumis sampai sedikit pecah minyak.
  2. Masukkan sotong yang sudah dicuci bersih. Biar sehingga sotong masak.
  3. Masukkan laa hitam, sedikit serbuk kunyit, mushroom seasoning, sos ikan, gula dan garam.
  4. Akhir sekali masukkan cili padi, serai, daun limau purut dan kacang panjang.
  5. Gaul sampai masak. Siap dan selamat mencuba!

sotong masak ala thai

Tips: Kalau nak sotong gemuk dan tak kecut, rebus sekejap dalam 5 minit bersama 3-4 keping asam keping.

Kredit: Wan Wani

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN