resepi singgang ikan

Bila tak tahu nak masak apa, kita selalu masak lauk yang mudah saja seperti resepi singgang ikan ini. Sebenarnya, masakan simple itulah yang lebih sedap.

Lauk ikan singgang ini boleh dikategorikan sebagai comfort food jika anda tidak berapa sihat badan. Resipi ini juga cukup mudah nak buat dan tidak banyak bahan yang diperlukan.

Cukup ada satu lauk ini saja, tapi boleh bertambah nasi dibuatnya. Nak hidangkan dengan sambal dan ulang pun boleh, lagi padu! Siapa tak pernah cuba, boleh ikut resipi di bawah.

Baca juga: Wanita Kongsi Cara Buat Singgang Ayam Thai, Resipi Asli Mak Mertua Orang Thai

RESEPI SINGGANG IKAN SELAR

Bahan-bahan:

  • Dua ekor ikan selar belah dua
  • Garam secukupnya
  • Perahan air asam jawa
  • Air
  • 1 biji bawang merah saiz besar hiris
  • 2 ulas bawang putih hiris
  • Serai diketuk
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 1 sudu teh minyak
  • Tomato (optional)
  • Cili merah dan cili padi (optional)

Bahan-bahan:

1. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk.

2. Kemudian, didihkan semua bahan menggunakan api perlahan selama 20 minit.

3. Siap! Senang sangat kan?

resepi singgang ikan

Kredit resipi dan gambar: Nana Sabrina

Baca juga: Resipi Lengkap Nasi Kerabu Bunga Telang Kelantan, Pasti Teringat-Ingat!

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Mamak, Rasa Sebijik Sama Macam Dekat Kedai!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN