scrambled eggs ikut tekak melayu

Scrambled eggs antara menu jadi pilihan ramai yang dipadankan dengan roti. Jika korang kreatif, boleh variasikan scrambled egg yang korang sediakan untuk mengelakkan rasa bosan dengan rasa yang sama setiap pagi.

Ada orang tak suka makan scrambled egg atas sebab-sebab tertentu. Tapi kalau korang cuba resipi scrambled eggs ikut tekak melayu yang dikongsi oleh Elle Izani Ellanie ini, pasti akan suka! Jom cuba.

CARA BUAT SCRAMBLED EGG IKUT TEKAK MELAYU

Memang sedap buat sarapan pagi dengan roti. Dulu mama selalu buat, sekarang bila dah jauh kena la buat sendiri. Senang je nak buat.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 biji bawang Holland (hiris nipis2)
  • 1/2 biji buah tomato (potong dadu)
  • 2 biji cili Padi (tak letak pun tak apa)
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 3 biji telur (A)
  • 1 sudu kecik cukup rasa maggi
  • 1 sudu kecik gula

CARA-CARA:

1. Tumis bawang, cili, tomato dengan minyak sapi sampai naik bau.

2. Masukkan serbuk cukup rasa dan gula, gaul rata.

3. Masukkan telur, kacau2 sampai masak. Kalau nak sedap, biar basah-basah sikit jangan kering sangat.

4. Dah boleh hidang dan makan dengan roti.

Selamat mencuba.

Kredit: Elle Izani Ellanie

Baca juga: Tips Buat Roti Paratha Homemade Yang Rangup, Kena Sapu ‘1 Bahan’ Ini Sebelum Goreng

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN