Categories: Resipi

Sambal Paru Garing Yang Pasti Akan Menjadi Menu Kegemaran Anda

Rasanya sambal ni memang dah jadi kegemaran rakyat Malaysia. Tambahan lagi kalau sambal paru garing. Makan dengan nasi kosong sedap sungguh tak perlu tambah lauk lain pun dah cukup.

Resipi ni sesuai untuk sesiapa yang baru kahwin atau yang baru nak berjinak-jinak ke dapur. Bahan dan caranya pun mudah sahaja.

Resipi Sambal Paru Garing Sedap

Bahan-bahan:

  • 1 kg paru
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh kunyit
  • Minyak
  • 10 ulas bawang ros
  • 6-8 biji cili api merah (siam)
  • 4 bawang putih
  • 1 inci halia
  • Kiub ayam
  • Gula kabung (gula melaka)

Cara memasak:

  1. Basuh bersih paru dan rebus bagi ia lembut.
  2. Selepas itu, keluar dan toskan airnya.
  3. Hiris nipis-nipis dan gaul dengan garam dan kunyit.
  4. Kemudian, goreng dalam minyak banyak hingga garing. Angkat dan sejukkan.
  5. Kisar bawang ros, cili api merah, bawang putih dan halia. Kisar guna blender kering atau tumbuk menggunakan lesung batu. Jangan letak air.
  6. Panaskan 3 sudu minyak (guna minyak goreng paru tadi).
  7. Masukkan bahan kisar, letak sedikit garam dan separuh kiub ayam serta 1/2 buku gula kabung (gula melaka).
  8. Masak atas api perlahan hingga gula larut. Gaul rata. Tutup api.
  9. Apabila sambal sejuk, paru pun sejuk baru masukkan paru dan gaul hingga rata.
  10. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup.
  11. Sedap makan begitu sahaja atau makan dengan nasi panas + telur mata. Selamat mencuba.

Kredit: Azizah Salleh

Baca juga:

“Jangan Pandang Sebelah Mata Lauk Ni”- Wanita Ini Kongsi Resipi Sambal Ikan Bilis Garing

Rindu Makanan Thailand? Jom Buat Ikan Sambal Thailand Menggunakan Bahan Yang Ada Di Rumah

Fatin

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

15 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

15 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

15 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

16 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

16 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

19 hours ago