sambal ijo

Sambal ijo atau sambal hijau ini bukan sebarang sambal, ia merupakan sambal yang berasal dari Padang, Indonesia. Siapa yang pernah mencubanya pasti tahu kelazatannya.

Sambal ini boleh dikatakan agak menarik kerana warnanya yang hijau. Untuk menghasilkan warna hijau tersebut, kita perlu menggunakan bahan-bahan yang berwarna hijau sahaja.

Menurut empunya resipi, Juwita Afifah mempelajari cara membuat sambal hijau ini daripada rakannya yang berasal dari Kota Padang.

Untuk mengetahui bahan-bahan dan cara penyediaannya, mari ikuti perkongsian oleh Juwita Afifah di bawah.

Baca juga: Resipi Sambal Belacan Guna 3 Bahan Je, Tapi Rasa Bukan Main ‘Power’!

RESEPI SAMBAL IJO PADANG

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Rebus semua bahan kecuali daun limau purut dalam periuk dengan air yang banyak. Guna api besar.

sambal ijo

2. Rebus sehingga semua bahan lembut dan kulit tomato terkopek. Tutup api.

3. Toskan bahan rebusan tadi dan buang air rebusan tersebut. Tunggu sehingga bahan sejuk.

4. Bila dah sejuk, boleh cincang menggunakan chopper. Nak kisar pun boleh tetapi jangan terlalu hancur sehingga menjadi pes.

5. Panaskan kuali dengan minyak panas, tuang bahan rebus yang sudah dicincang menggunakan chopper tadi.

6. Tumis sehingga pecah minyak. Perasakan mengikut cita rasa masing-masing. Boleh perasakan dengan garam, gula, secukup rasa, ajinamoto atau mushroom seasoning. Jangan lupa letak daun limau purut. Kacau sehingga rata.

7. Bila dah siap, boleh makan dengan nasi putih dan ayam goreng. Selamat mencuba!

sambal ijo

Kredit resipi dan gambar: Juwita Afifah

Baca juga: Resipi Sambal Gesek Nogori, Menu Simple Tapi Cukup Menyelerakan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN