resipi sambal goreng

Hari ini, MyResipi ingin kongsikan resipi sambal goreng sedap yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Lyana Hisham.

Menurutnya, setiap kali muat naik gambar hidangan ini, pasti ada yang berkenan dan bertanyakan resipi.

Sambal goreng ini bukan calang-calang tau! Beliau belajar resepi ini daripada ibunya dan ia juga merupakan resipi arwah neneknya.

Sambal ini cukup sedap jika dinikmati bersama bubur atau nasi putih biasa. Dijamin, pasti akan ada yang ingin tambah lagi!

Baca juga: Sambal Ikan Bilis Rangup Guna 3 Bahan, Sedap Sampai Sorok Tak Nak Kongsi!

RESIPI SAMBAL GORENG SEDAP

Bahan-bahannya:

  • Bawang besar (saiz sederhana) 2 biji
  • Cili hijau 6 biji
  • Cili merah 4 biji
  • Cili padi merah (secukup rasa, jika mahu pedas)
  • Ikan bilis (secukupnya)
  • Belacan (secukupnya)
  • Asam jawa (kira-kira 1/2 saiz telur ayam, perah dalam mangkuk dan ambil airnya)

Cara-caranya:

  1. Semua bahan-bahan di atas perlu dikisar kering.
  2. Panaskan minyak dalam 1 senduk (lebih minyak akan membantu sambal menjadi garing).
  3. Tumis bahan-bahan yang telah diblend tadi sehingga garing.
  4. Setelah garing, masukkan air asam jawa.
  5. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  6. Hiriskan bawang dan campurkan ke dalam sambal, kemudian tutup api.
  7. Buang lebihan minyak dari sambal mengikut kesesuaian.

Siap, selamat mencuba! Sambal ini sedap dimakan dengan bubur atau nasi putih.

Kredit resipi dan gambar: Lyana Hisham

Baca juga: Tips Sambal Telur Rebus Padu, Ada 1 Rahsia Untuk Sambal Jadi Cantik Kemerahan, Ini Caranya…

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN