PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-07-29 08:38:41

Bila dah selalu sangat masak bermacam jenis lauk, mesti sesekali ibu-ibu di dapur buntu nak masak apa kan? Kadang-kadang, kita pun teringin menikmati sesuatu hidangan yang mudah disediakan tapi dalam masa yang sama masih mampu menaikkan selera makan. Betul tak? Contohnya seperti menu sambal bilis tempoyak, semestinya enak dimakan bersama nasi panas. Fuhh! Oleh itu, jom kita ikuti resipi yang dikongsikan oleh Suisan Aliezsha menerusi laman Facebook.

 

Kredit: Suisan Aliezsha

 

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis
  • Cili api (bilangan cili terpulang mengikut kepedasan yang diingini)
  • Bawang kecil & bawang putih (ditumbuk)
  • Bawang besar (dihiris)
  • Petai (dihiris)
  • 2 ke 3 sudu besar tempoyak
  • Asam keping
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

1.Cuci ikan bilis sehingga bersih. Kemudian, goreng ikan bilis sampai garing dan ketepikan.

Kredit: Rasa

 

2. Untuk penyediaan sambal tempoyak, tumbuk cili api sehingga lumat dan campurkan tempoyak tadi bersama garam secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan biarkan seketika.

Kredit: Suisan Aliezsha

 

3. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Kemudian, masukkan sos tiram dan asam keping. Gaulkan.

Kredit: Keluarga

 

4. Masukkan petai dan bawang besar. Biarkan masak seketika dan masukkan sambal tempoyak yang telah disiapkan tadi.

Kredit: Rasa

 

5. Akhir sekali masukkan ikan bilis. Gaul sehingga rata untuk memastikan garam sebati dalam sambal.

Kredit: Suisan Aliezsha

 

Dah siap! Sesuai untuk hidangan buat seisi keluarga. Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN