sambal bilis

Sambal Ikan Bilis memang sedap. Selain dinikmati bersama Nasi lemak, sambal bilis juga sesuai dinikmati bersama nasi putih biasa atau dimakan bersama roti atau pau. Memang kena dengan selera orang Malaysia.

Namun ramai yang kadang-kala susah nak jumpa  yang kena dengan selera. Kalau nak cuba buat sendiri pun boleh, caranya sangat mudah dan sangat sedap. Saudari Nurul Ateekah ada kongsikan resipinya. Jom cuba!

Cara Masak Sambal Bilis Nasi Lemak Yang Mudah & Sedap

Bahan-bahan:

  • Bawang besar 5 labu**
  • Bawang putih 5 ulas**
  • Secubit ikan bilis untuk kisar**
  • Sedikit belacan**
  • Sehelai daun pandan
  • Asam keping 2 keping
  • Cili kering kisar
  • Gula melaka (nise) 2 keping
  • Sos cili 3 sudu
  • Sos tomato 3 sudu
  • Ikan bilis
  • Hirisan bawang besar
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Gula (jika suka)

Cara-cara memasak:

1. Kisar bahan-bahan yang bertanda (**).

2. Dalam kuali panaskan minyak, masukkan sehelai daun pandan yang disimpul.

3. Masukkan asam keping dan bahan kisar tadi. Masak sehingga perang atau separuh masak.

4. Masukkan pula cili kering kisar dan masak sehingga pecah minyak.

5. Masukkan gula melaka, sos cili dan sos tomato. Gaul rata.

6. Kemudian masukkan ikan bilis secukupnya bersama hirisan bawang besar.

7. Perasakan dengan sedikit garam dan ajinamoto. Jika kurang manis, boleh tambahkan gula.

8. Masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak dan pekat.

sambal bilis

Kredit: Yayar B. Awang Noh

Baca juga: Petai Berlada Ikan Bilis Paling Simple, Confirm Bertambah-Tambah Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN