Seminggu sekali wajib makan nasi ayam penyet. Sambal dia memangĀ bikin orang teringat-ingat. Cikgu Afy AL Habibi ada berkongsikan resipi sambal ayam penyet yang menjadi kegilaan ramai.
Menurutnya, resipi yang pernah dibuat jualan itu telah mendapat sambutan yang hangat kerana rasanya yang sempurna dengan rasa pedas sederhana, manis, masin dan masam yang sebati.
Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi lengkap di bawah tanpa tinggal satu bahan rahsia pun. Memang pasti menjadi!
1. Untuk cara goreng, goreng asing cili dan bahan lain.
2. Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*
3. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Kacau sesekali.
4. Masukkan baki ikan bilis tadi. Biarkan sambal masak dalam api perlahan.
5. Perasakan bahan dengan gula perang dan garam bukit secukup rasa. Tambah secubit dua perencah Hilal.
6. Keluarkan sedikit minyak sambal yang telah pecah minyak.
7. Tutup api selepas semua rasa bersatu.
8. Siap sepinggan Nasi Ayam Penyet dengan sambal ngosek.
9. Dihidangkan bersama isi ayam yang sedap.
Kredit: Afy AL Habibi
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…