Categories: ResipiTips & Petua

Petua Kacang Hijau Cepat Lembut Tanpa Perlu Rendam & Rebus Lama. Ikut Je Cara Ni!

Petang-petang makan bubur kacang sedap juga, makan pula dengan roti lagilah sedap.  Cuma bila nak buat bubur ni, nak lembutkan kacang hijau tu agak memakan masa sebab kena rebus dalam masa yang agak lama supaya dia lembut.

Seorang pengguna Facebook, Seri Ramlan ada berkongsikan cara mudah untuk melembutkan kacang dengan mudah dan cepat. Selepas ini boleh masak bubur dengan cepat bila teringin, tak perlu tunggu lama dah.

Jom baca perkongsian lengkap oleh beliau di bawah.

Tips Kacang Hijau Cepat Lembut Tanpa Rendam & Rebus Lama

Suka makan bubur kacang? Ni saya bagi tips lembutkan kacang dengan cepat. Tak payah rendam berjam-jam, tak yah rebus lama-lama, kompom cepat masak dan jimat gas, boleh buat bila pagi-pagi teragak nak buat bubur kacang.

Tips ni tak perlu untuk yang ada piok PC ye. Basuh bersih-bersih kacang hijau, kemudian bungkus dalam plastik dan letak air, macam nak buat ais batu.

Kemudian frozenkan, bila-bila nak masak, tak payah nyah beku, masuk dalam periuk dan tambahkan air, terus rebus.

Tak sampai 20 minit kacang dah kembang, senang dan jimat masa. Selamat mencuba.

Tips: Teknik ini juga boleh digunakan untuk membuat bubur. Cuci bersih beras dan rendam air. Kemudian bekukan. Sesuai untuk masak bubur bayi. 10-15 minit, siap!

Kredit: Seri Ramlan, Aneka Resipi Bonda (gambar)

Baca juga: Buat Sendiri Je ‘Rain Drop Cake’, Bahan Utama Hanya Guna Serbuk Agar-Agar

Wan N

Recent Posts

3 Jenis Tepung Yang Biasa Digunakan Untuk Buat Muruku, Baru Tahu Ada Fungsi Berbeza!

Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…

11 hours ago

Selama Ini Pilih Telur Ikut Saiz Saja, Rupanya Bentuk & Warna Kulit Pun Ada Maksud Tersembunyi!

Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…

12 hours ago

Resipi Chicken Chop Rangup Bersalut Nestum, Tuang Kuah Black Pepper ‘Banjir’ Lagi Sedap!

Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…

13 hours ago

Rimas! Cara Halau Lalat Buah Yang Berterbangan Terutamanya Dekat Pisang, Cuba Petua Ini

Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…

14 hours ago

Resipi Kuetiau Theng Berkuah Jernih, Tambah Chili Oil Memang Lagi Terangkat Rasanya!

Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…

14 hours ago

Resipi Puding Karamel, Guna 3 Biji Telur Saja Pun Dah Boleh Dapat Satu Loyang!

Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…

14 hours ago