Categories: Resipi

Resipi Roti Cheezy Balut Telur Guna 3 Bahan, Hidangan Ringkas Tapi Mengenyangkan!

Tak tahu nak makan apa untuk sarapan pagi? Jom masak mudah-mudah je seperti Roti Cheezy Balut Telur ni. Senang sangat caranya.

Dengan hanya menggunakan 3 bahan mudah yang biasa ada di dapur rumah, anda boleh menghasilkan sarapan yang ringkas tapi mengenyangkan.

Siap ada lapisan cheese di tengah yang membuatkan sarapan pagi anda lebih fancy tapi sebenarnya sangat simple dan sedap!  Jom kita cuba dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Har Ryea di bawah.

Baca juga: Roti Asyik Tak Habis, Buat Roti Telur Berhantu Macam Ni Confirm Laku!

CARA BUAT ROTI CHEEZY BALUT TELUR

Bahan-bahan:

  • Telur 2 biji
  • Roti 2 keping
  • 2 keping cheese
  • Sedikit lada sulah (jika suka)

Cara-cara:

1. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan sedikit lada sulah dan pukul sehingga semuanya sebati.

2. Kemudian, dadarkan telur dalam kuali leper.

3. Seterusnya, letakkan 2 keping cheese di atas telur tadi.

4. Kemudian letakkan roti di atas cheese.

5. Untuk melipatnya, mula-mula lipat telur dadar dari tepi kuali dan tutup roti serta cheese.

6. Terbalikkan dan masak sekejap.

7. Siap dan boleh diangkat!

8. Potong dan makan panas-panas, selamat mencuba!

Kredit: Har Ryea

Baca juga: Cara Buat Roti Gula ‘Crunchy’, Kudapan Sedap Payah Nak Berhenti Makan

Baca juga: Cara Buat Korean Garlic Bread Versi Cepat! Mudah Guna Roti Keping Je

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago