Categories: Resipi

Resipi Rendang Daun Kaduk, Rasa Unik, Pekat & Semestinya Menyelerakan!

Jika rumah anda dipenuhi daun kaduk, inilah peluang terbaik untuk mencuba sesuatu yang unik dan lazat! Resipi rendang daun kaduk bersama daging atau ayam ini memberikan rasa tradisional yang unik, pekat dan sangat menyelerakan.

Hidangan ini begitu istimewa hingga mampu membuatkan sesiapa sahaja tambah nasi berkali-kali. Mesti yang merasa menu ini akan puji, rendang lain dari lain!

Berikut adalah resipi lengkap untuk anda cuba di rumah.

Baca lagi: Resipi Kuih Sagu Pandan, Kukus Macam Ini Memang Lembut Elok

RESIPI RENDANG DAUN KADUK

Bahan-Bahan Utama

Daging atau Ayam:

  • 1kg daging (dipotong kecil) atau seekor ayam (dipotong 16).

Bahan Kisar:

  • 15 biji bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 6 batang serai
  • 3 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 20 biji cili padi
  • 5 biji buah keras
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit jintan manis
  • Sedikit jintan putih
  • Sedikit lada putih

Bahan Lain (Bahan B):

  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 kiub ayam
  • 1 cawan air
  • 50 helai daun kaduk (dihiris halus)
  • 7 helai daun kunyit (dihiris halus)
    Jika mahu, boleh lebihkan daun kaduk atau gunakan daun kaduk sahaja.
  • Santan:
    • Santan segar dari 2 biji kelapa (1/2 cair, 1/2 pekat) atau
    • 3 kotak kecil santan (200ml x 3).

Cara-Cara Penyediaan:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan harum.

2. Masukkan daging atau ayam ke dalam tumisan, kacau seketika sehingga daging atau ayam mula masak sedikit.

3. Tuangkan dua kotak santan atau santan cair ke dalam kuali. Tambahkan air dan semua bahan B (serbuk kunyit, garam, gula, dan kiub ayam). Kacau rata dan teruskan memasak sehingga daging atau ayam empuk.

4. Apabila daging atau ayam sudah masak, masukkan baki santan (kotak ketiga atau santan pekat). Masukkan hirisan daun kaduk dan daun kunyit. Kacau sebati.

5. Teruskan memasak sehingga kuah menjadi pekat atau sehingga kering, bergantung pada citarasa anda. Jangan lupa untuk sentiasa mengacau supaya rendang tidak hangus.

6. Rasa rendang anda dan sesuaikan garam, gula, atau bahan lain jika perlu.

7. Rendang daun kaduk sedia untuk dihidangkan. Paling enak dimakan bersama nasi panas dan lauk sampingan lain.

Tip Tambahan:

  • Anda boleh menambahkan sedikit gula melaka ke dalam rendang.
  • Pastikan anda menggunakan api sederhana dan kacau rendang dengan sabar untuk menghasilkan kuah yang benar-benar pekat dan likat.

Sumber: Ida Shahida

Baca lagi: Cara Goreng Tempe Yang Unik & Sedap, Pasti Anda Tak Pernah Cuba!

Aisha Qistina

Recent Posts

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

1 day ago

Kek Pisang Karamel Yang Cantik Sempurna, Guna Resipi Ini Pasti Menjadi!

Susah nak jumpa peniaga yang jual Kek Pisang Karamel di luar kerana ia merupakan antara…

1 day ago

Strawberry Cheesecake, Resipi Tanpa Oven Ini Sangat Ringan & Tak Muak!

Resipi strawberry cheesecake ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti…

1 day ago

Boko Ubi Kayu Lembut Bergedik, Baru Sekali ‘Ngap’ Terus Rasa Nikmatnya

Sekali-sekala nak makan pencuci mulut yang sejuk untuk segarkan tekak, bolehlah cuba buat Boko Ubi…

1 day ago

Resipi Sup Kaki Ayam Tanpa Tumis, Ada ‘Petua’ Kalau Nak Lagi Sedap!

Cara masak sup kaki ayam ini cukup mudah kerana tidak perlu menumis. Hanya perlukan beberapa…

1 day ago

Nasi Lemak Sedap Tanpa Santan, Lebih Berselera Makan Dengan Sambal Kosong

Jika ada ahli keluarga yang teringin makan Nasi Lemak sedap tapi mempunyai alahan pada santan,…

1 day ago