Mari cuba buat sendiri resipi Ratatouille di rumah. Ia menjadi terkenal kerana muncul dalam filem animasi popular yang dikeluarkan oleh Pixar pada tahun 2007, di mana hidangan ini dimasak oleh seekor tikus yang menjadi chef.
Ratatouille adalah hidangan yang berasal dari Provence, Perancis, yang terkenal dengan campuran pelbagai rasa dan warna sayur-sayuran.
Baca juga: Boba Kampung Ikut Resipi Thai Dessert, Warna-warni Cantik Kejadiannya
Berikut adalah resipi asas untuk membuatnya menerusi perkongsian Ryu Watanabe.
Yang korang tengok cerita tikus masak tu, ini lah ia. French cuisine. Sepenuhnya sayur. Ikut tekak memang sedaplah. Kalau tekak pure melayu takut tak makan pula.
Bahan-bahan:
Bahan-bahan sayur hiris bulat:
Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan minyak zaitun dalam periuk besar dengan api sederhana. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan potongan terung dan kacau rata. Masak selama beberapa minit sehingga terung mula lembut.
3. Masukkan cili benggala dan zucchini yang dicincang. Gaul rata dan masak selama beberapa minit lagi.
4. Masukkan kepingan tomato ke dalam kuali. Masukkan juga perasa herbes de Provence, garam dan lada sulah. Kacau rata dan biarkan sayur mendidih.
5. Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk dan biarkan sayur-sayuran perap selama kira-kira 20-30 minit. Kemudian kisarkan menjadi pes.
6. Rasa dan sesuaikan rasa dengan garam dan lada sulah mengikut citarasa anda.
7. Ratakan pes dalam bekas atau apa-apa acuan yang boleh bakar dalam oven. Susun sayur yang sudah dihiris bulat.
8. Keluarkan dari oven dan hidangkan sementara hangat. Anda boleh menambah daun selasih segar di atas untuk hiasan.
Ratatouille biasanya dihidangkan sebagai pembuka selera, hidangan utama, atau sebagai iringan kepada hidangan daging atau ikan.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Ryu Watanabe
Baca juga: Jom Cuba Resepi Pisang Salai Kastard, Hidangan Dessert Kegemaran Ramai!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…