Rain Drop Cake

Rain Drop Cake merupakan ‘puding’ yang pernah tular suatu ketika dahulu dan kembali tular di laman sosial Tik Tok sejak beberapa hari lalu.

Bahan-bahan yang digunakan sangatlah mudah untuk didapati. Salah satu bahan utama adalah hanya menggunakan serbuk agar-agar.

Rupa kek tersebut seperti titisan air hujan itu telah menarik perhatian ramai. Nak cuba buat? Lihat saja cara-cara di bawah.

RESIPI RAIN DROP CAKE

Bahan-bahan:

  • 1/2 sudu besar serbuk agar-agar jenama swallow
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 700ml air
  • Air gula melaka
  • Soy bean powder

Cara-cara:

1. Rebus semua bahan sampai mendidih. Tuangkan adunan secukupnya dalam mangkuk bulat.

2. Sejukkan sehingga mengeras.

3. Jika sudah keras, lapik pinggan atas mangkuk dan terbalikkan dengan berhati-hati ke atas pinggan.

4. Hias menggunakan air gula melaka dan soy bean powder yang dipanggang.

Selamat mencuba!

Kredit: Siti Masitah Awang KechikFull

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN