Mari cuba resipi puding tembikai yang lembut dan sedap ini. Ia adalah pencuci mulut yang menyegarkan dan sempurna untuk dinikmati pada hari panas. Dengan gabungan rasa manis kastard gula dan kelembutan puding, hidangan ini pasti akan menjadi kegemaran ramai.
Penyediaan puding ini pun memang mudah saja. Anda hanya perlu campurkan dan mengacunya seperti membuat corak marble di atasnya. Namun, kali ini terdapat keunikan kerana ada lapisan seperti buah tembikai.
Baca juga: Puding Lapis Mangga Style Mr. Ali, Memang Nikmat Makan Sejuk-sejuk!
Sebenarnya, tidaklah sukar untuk mencorakkan seperti tembikai. Dengan menggunakan konsep yang sama, anda hanya perlu membiarkannya membeku dan menjadi keras.
Mari ikuti resipi mudah yang dikongsikan oleh Muhammad Ali untuk membuat puding tembikai yang lazat dan lembut ini.
Bahan-bahan kisar:
Bahan-bahan hiasan:
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan kesemua bahan diatas kecuali bahan hiasan, marjerin dan bancuhan kastard
2. Kacau dengan api perlahan.
3. Bila dah separuh mendidih atau mula naik wap baru masukkan marjerin dan bancuhan kastard
4. Kacau hingga mendidih dan tutup api.
5. Bahagikan kepada tiga bahagian:
6. Tuang bermula dari lapisan hijau – putih – merah
7. Bila dah separuh mengeras baru taburkan chocolate chips
8. Sejukkan kira-kira selama 4 jam Dah siap dan sedia untik dinikmati.
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Muhammad Ali
Baca juga: Blueberry Cream Cheese Danish Cara Mr. Ali, Hanya Guna 6 Bahan Je
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…