resipi puding

Resipi puding coklat ini bukan sekadar pencuci mulut, tapi juga penyeri meja hidangan kerana teksturnya yang licin, berkilat dan rasa coklat yang pekat menggoda.

Puding ini sangat sesuai dijadikan pencuci mulut untuk jamuan atau dinikmati waktu petang. Anak-anak pun mesti suka! Jom tengok bahan-bahan dan langkah mudah nak buat puding ini.

Baca juga: Resipi Puding Karamel Tanpa Telur, Tak Perlu Kukus Tapi Hasilnya Memang Lembut!

RESIPI PUDING COKLAT SEJERNIH KACA

resipi puding

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 1 biji telur (sebatikan bersama susu cair dan ketepikan dahulu)
  • 3 cawan air
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan dairy whipping cream (boleh ganti dengan susu cair jika tiada)
  • 6 sudu besar serbuk koko
  • 3 sudu besar serbuk coklat pilihan
  • 1 sudu besar serbuk kopi segera
  • 2 ketul gula batu (pilihan, untuk hasil puding lebih berkilat dan tidak berair)
  • 1 cawan coklat gelap (dark chocolate compound), dipotong kecil
  • Sedikit esen vanila
  • Sedikit garam

Cara penyediaan:

  1. Dalam periuk, masukkan 3 cawan air, serbuk agar-agar, gula, serbuk koko, serbuk coklat pilihan, serbuk kopi segera dan gula batu. Masak dengan api sederhana sambil kacau hingga larut sepenuhnya.
  2. Setelah bahan mendidih, masukkan campuran susu cair dan telur yang telah disebatikan tadi. Kacau rata supaya telur tidak berketul.
  3. Masukkan whipping cream (atau susu cair jika guna sebagai ganti), coklat gelap, esen vanila dan sedikit garam. Kacau sehingga coklat benar-benar cair dan adunan kelihatan licin dan berkilat.
  4. Teruskan kacau selama 2–3 minit sehingga adunan mula sedikit pekat dan sebati sepenuhnya.
  5. Tuang adunan puding ke dalam loyang atau acuan pilihan. Biarkan sejuk pada suhu bilik, kemudian simpan dalam peti sejuk sehingga benar-benar mengeras.

Sumber: Mastura Razali

Baca juga: Resipi Puding Strawberry Cheese Leleh Yang Lembut & Gebu, Gerenti Buat Ramai Terliur!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN