Pucuk ubi ini biasanya kita celur dan cicah dengan sambal belacan atau dimasak masak lemak cili padi. Tapi rupanya sedap juga jika dimasak pucuk ubi goreng rangup. Sangat sedap lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama nasi panas.
Buat mereka yang sering mengikuti perkembangan di Instagram Dato Rizalman Ibrahim, pereka fesyen terkenal ini sering kali berkongsi resipi-resipi menarik buat pengikutnya.
Pucuk ubi goreng rangup ini antara salah satu resipi yang telah dikongsikannya dan juga telah dicuba oleh Puan Siti Elliza Anis.
Tengok rizalman buat. Kami pun nak buat jugak.. Sedap oii makan dengan nasi panas-panas. Resipi ada dekat gambaq. Selamat mencuba.
1. Basuh pucuk ubi sehelai demi sehelai. Ni bahagian paling malas. Separuh saya lap sehelai-sehelai, separuh lagi jemur sampai kering.
2. Ikan bilis segenggam, basuh, keringkan dan goreng garing. Taburkan tepung beras supaya nak kekalkan kerangupan.
3. Pucuk ubi selepas digoreng, bau wangi semasa digoreng.
4. Selepas goreng pucik ubi, angkat dan tapiskan.
5. Guna minyak yang sama, dari awal goreng pucuk ubi dan ikan bilis. Kemudian goreng pula bawang sampai garing, masukkan cili kering, asam keping dan belacan. Masak lama sikit sampai cili tu garing.
6. Bila cili dan bawang sudah garing, masukkan ikan kurau dan ikan bilis.
7. Perasakan dengan gula, garam dan msg. Bila dah cukup rasa, masukkan pucuk ubi yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati.
8. Selepas dah gaul sebati, angkat dan tapiskan supaya minyak turun.
Selamat mencuba!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…