Resepi popia sira ini sangat mudah untuk anda cuba. Kalau buat untuk jualan pada bulan Ramadan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pasti laku keras!
Popia sira sambal merupakan antara kuih yang sentiasa menjadi kegemaran orang ramai. Anda boleh mencuba sendiri untuk membuatnya di rumah kerana bahan-bahannya mudah dan senang untuk dibuat.
Baca juga: Kulit Popia Jadi Keras Kejung & Kering? Ini Cara Lembutkan Semula Guna Teknik Kukus
1. Pastikan kulit popia disimpan di dalam chiller. Kalau kering nanti susah nak gulung.
2. Leraikan kulit popia. Gulung dan gamkan pada hujung menggunakan campurkan air dan tepung gandum.
3. Bila dah siap gulung, potong serong dan sedia untuk digoreng. Bila dah siap goreng, toskan minyak.
4. Untuk membuat sambal sira, tumiskan cili kisar sehingga pecah minyak.
5. Bila dah pecah minyak, masukkan sos cili, gula, garam dan serbuk perasa jika suka.
6. Masak dengan api kecil sehingga buih-buih wap air menghilang.
7. Yang tinggal hanya buih-buih halus gula. Jika rasa sambal dah cukup manis dan pedas, boleh masukkan popia yang sudah digoreng tadi.
8. Masukkan juga kacang yang ditumbuk kasar.
9. Tutup api, gaul perlahan-perlahan sehingga semuanya sebati. Taburkan biji bijan yang sudah disangai.
10. Sejukkan terlebih dahulu sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!
Kredit: Adam Adwa
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…