PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-04 05:13:49

Bila dah masuk waktu petang di rumah, mulalah ibu-ibu sibuk didapur menyiapkan hidangan petang buat seisi keluarga. Suami yang pulang dari pejabat juga ingin hilangkan kepenatan dengan menjamu selera bersama anak dan isteri tersayang. Namun, ada kalanya ibu-ibu mesti jadi buntu memikirkan hidangan yang patut dimasak. Jadi, inilah masanya untuk para ibu cuba menu Popia Carbonara! Sangat sesuai untuk hidangan waktu petang, mesti anak-anak dan suami pun turut berselera. Mudah saja caranya. Ikuti resipi yang dikongsikan oleh Raja Amanina menerusi laman Facebooknya.
 


Kredit: Raja Amanina

Bahan-bahan:

  • 1 keping isi ayam (dipotong dadu)
  • 1 paket sosej (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu halus)
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 2 sudu makan mentega atau majerin
  • Keju cheddar parut secukupnya
  • 1 cawan susu penuh krim atau susu cair
  • ½ cawan air
  • 1 sudu makan tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)
  • Garam dan gula secukupnya
  • Kulit popia secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali dan cairkan mentega. Kemudian, tumis bawang besar sehingga naik bau.

     
  2. Masukkan isi ayam, sosej, lobak merah dan lada hitam dan gaulkan sehingga isi ayam masak.

    Kredit: Raja Amanina
     
  3. Kemudian, tambahkan sedikit air, susu dan keju. Kacau hingga sebati dan kemudian tambahkan bancuhan tepung gandum tadi.


    Kredit: LorongPerihal

     

  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Padamkan api dan biarkan inti sejuk seketika.

    Kredit: Raja Amanina

     
  5. Untuk menggulung popia, gunakan 2 keping kulit popia supaya inti tidak bocor. Sudukan inti secukupnya dan balutkan kulit popia dengan kemas.

    Kredit: Raja Amanina

     
  6. Setelah siap membalut, panaskan minyak dan goreng sehingga warna popia bertukar keperangan.

    Kredit: Raja Amanina

     

Siap! Sesuai dimakan panas-panas bersama seisi keluarga. Selamat mencuba!


Kredit: Raja Amanina

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN