pisang emas

Pisang emas adalah salah satu jenis pisang yang manis, lembut dan sesuai dijadikan pelbagai resipi.

Kali ini kami kongsikan resipi pisang emas goreng manis yang rangup di luar dan lembik di dalam.

Hidangan ini sesuai dimakan sebagai snek petang atau pencuci mulut dan lebih sedap jika dicicah dengan sambal kicap.

Baca juga: Resepi Jemput Pisang Paling Menjadi, Campur 2 Jenis Tepung Baru Rangup Gebu!

RESIPI PISANG EMAS GORENG MANIS

pisang emas

Bahan-bahan pisang goreng:

  • Pisang emas (dipotong belah dua)
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu butter (dicairkan)
  • Secubit baking soda
  • Air secukupnya

Bahan-bahan sambal kicap:

  • 3 ulas bawang putih
  • 10 batang cili padi
  • Kicap manis secukupnya

Cara buat pisang goreng:

  1. Campurkan tepung beras, tepung gandum, gula, garam, butter cair, baking soda dan air. Kacau hingga sebati.
  2. Masukkan pisang ke dalam adunan dan gaul rata.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan pisang satu per satu dan goreng hingga kekuningan dan masak sepenuhnya.
  4. Toskan minyak dan sedia untuk dinikmati bersama sambal kicap.

Cara buat sambal kicap:

  1. Kisar bawang putih dan cili padi hingga lumat.
  2. Campurkan dengan kicap manis secukupnya. Sedia untuk dicicah.

Sumber: Ameen Fami

Baca juga: Resipi Kuih Lepat Pisang Bersantan, Wangi Daun & Rasa Lemak Manis Memang Tak Cukup Satu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN