Resipi pau kacang merah ini adalah hidangan yang cukup digemari kerana teksturnya yang gebu di dalam dan rangup di luar. Meskipun tanpa penggunaan telur dalam adunan, pau ini tetap lembut dan gebu,
Dalam menghasilkan pau goreng yang cantik, jangan tergesa-gesa semasa menggoreng pau. Pastikan minyak pada suhu sederhana supaya pau masak dengan sekata dan tidak cepat hangus di luar tetapi masih mentah di dalam.
Jom kita baca resipi pau kacang merah yang dikongsikan oleh Cik Puan Sha Roziah Al Yahya menerusi laman sosial Facebook.
Baca lagi: Cara Buat Cakoi Lembut, Jangan Skip Langkah ‘Ini’ Untuk Hasil Gebu
RESIPI PAU KACANG MERAH
Bahan-bahan untuk Pau:
- 250 gram tepung gandum
- 5 gram yis segera
- 25 gram shortening atau marjerin
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh baking powder
- 40 gram gula halus
- 1 sudu besar susu tepung atau susu pekat
- 120 gram air biasa (tuang sedikit demi sedikit mengikut keperluan)
Langkah-langkah Penyediaan:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk adunan yang bersih.
2. Satukan air, yis segera, shortening (atau marjerin), gula halus, dan garam dalam satu mangkuk. Kacau rata dan biarkan seketika sehingga yis mula aktif.
3. Masukkan campuran bahan basah tadi ke dalam tepung gandum. Uli adunan selama 10 hingga 15 minit sehingga adunan menjadi lembut dan elastik. Jika adunan masih kering, tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur yang sesuai.
4. Bahagikan adunan kepada bebola kecil, kira-kira 40 gram setiap satu. Bulatkan setiap bebola dengan tangan dan letakkan di atas dulang yang telah disapu sedikit tepung supaya tidak melekat.
5. Ambil satu bebola adunan dan leperkan dengan tangan. Masukkan inti kacang merah di tengah-tengahnya. Lipat dan tutup dengan kemas supaya inti tidak keluar semasa proses menggoreng. Bulatkan semula dengan lembut.
6. Setelah selesai memasukkan inti ke dalam setiap pau, biarkan pau-pau tersebut diperam selama satu jam. Proses perapan ini penting supaya doh mengembang dengan sempurna dan hasilnya lebih gebu.
7. Panaskan minyak dalam kuali dengan suhu sederhana. Pastikan minyak mencukupi untuk menenggelamkan pau semasa menggoreng.
8. Goreng pau sehingga ia berwarna keemasan dan keperangan di semua bahagian. Angkat dan toskan.
Sumber: Sha Roziah Al Yahya
Baca lagi: Resipi Sandwich Telur Creamy & Masam Manis, Tak Ramai Letak ‘Bahan Ini’