Categories: Resipi

Resipi Papadom Macam Mamak Guna 5 Bahan, Nipis Dan Rangup Hasilnya!

Mari cuba resipi papadom seperti di kedai mamak.  Memang hasilnya dapat nipis dan rangup jika langkah demi langkah menggunakan resipi ini. 

Papadom, juga dikenali sebagai papad atau pappadum, adalah sejenis makanan ringan yang berasal dari India.

Jika makan di mamak, menu seperti Nasi Kandar dan Nasi Beriani akan sentiasa dihidangkan sekali dengan papadom. Ia adalah pelengkap kepada hidangan nasi ini.

Baca juga: Buat Doh Capati Ala Kedai Mamak, Roti Kekal Lembut Sampai Petang

Sebenarnya papadom ini boleh buat sendiri kat rumah. Kebersihan dan status halal lebih terjamin kerana kita membuatnya sendiri. Malah, saiznya juga boleh mengikut citarasa masing-masing.

Anda boleh cuba membuat Papadom sendiri seperti yang dikongsikan oleh Encik Roslan Mamak Haji. Mudah sahaja, hanya menggunakan 4 bahan.


RESIPI PAPADOM MACAM MAMAK, NIPIS DAN RANGUP HASILNYA!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500gm kacang tosai – ditepungkan atau beli terus tepung kacang tosai
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 1/2 sudu kecil rempah ajoiwan / lemuju – Biasa digunakan dalam Muruku
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • Garam

Cara-cara membuat papadom:

1. Adunkan semua bahan-bahan di atas dalam sebuah bekas.

2. Buatkan doh yang agak keras dengan tambahkan air sedikit demi sedikit. Kita kena kurangkan air seberapa yang boleh untuk papadom cepat kering.

3. Selepas buat doh, tutup bekas doh tersebut dan biarkan doh di dalamnya selama dua jam.

4. Selepas dua jam, masukkan sedikit minyak masak dan lenyekan (tumbuk) dengan anak batu lesong sehingga doh yang agak keras tadi akan menjadi lembut.

5. Jadikan bebola kecil untuk dileperkan seperti roti capati dan saiz mengikut saiz yang anda suka. Jangan tebal seperti capati pulak. Agak ketebalan seperti papadom yang kita beli di kedai sebelum digoreng.

6. Semasa leperkan, doh melekat boleh gunakan sedikit minyak dan sapu bekas peleper.

7. Kepingan papadom yang terhasil perlu dikeringkan di panas cahaya matahari selama dua hari. Jangan keringkan terlampau sangat, nanti papadom anda boleh retak.

8. Anda boleh gunakan pelbagai cara. Paling penting adalah doh. Kalau tak reti nak lenyek bulat, boleh masukkan dalam mesin buat pasta dan jadikan papadom Malaysia.


Selamat mencuba resipi papadom homemade ini. Terjamin kebersihan dan kuantiti garam mengikut diet pemakanan harian kita. 

Sumber: Facebook Roslan Mamak Haji

Baca juga: Mi Goreng Basah Pedas Style Mamak, Memang Sama Aroma & Rasanya

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago