PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-09-22 13:54:55
Sebut sahaja tentang Oreo Cheesecake ini, pasti akan terbayangkan rasa kejunya yang enak. Lebih-lebih lagi jika dimakan sejuk-sejuk, fuhh sedapnyaa! Nampak saja seperti susah untuk dibuat, sebenarnya korang boleh buat oreo cheesecake ini tanpa perlu di masak dalam ketuhar pun. Hanya perlu disejukkan dalam peti air sahaja, mudah kan? Jom kita ikuti resipi ringkas Oreo Cheese Cupcake daripada Mas Cotek ini.
Bahan Base:
- 30 keping biskut oreo dikisar (asingkan cream tengahnya)
- 3 sudu besar butter/marjerin
Cara-caranya:
- Hancurkan biskut keping oreo yang telah diasingkan dari cream tadi.
- Cairkan butter dan kemudian masukkan oreo untuk digaul sehingga sebati.
- Selepas itu, tekan-tekan ke dalam loyang sehingga isinya padat dan sejukkan di dalam peti sejuk lebih kurang ½ jam.
Bahan Filling/ Chese Cake:
- 250 gm cream cheese
- 200 ml whipping cream
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 1/4 cawan gula castor
- 1 sudu teh esen vanilla
- 15 keping oreo (1 bungkus dipatah²kan)
- 1 sudu besar galetin
- 2 sudu besar air panas (larutkan galetin ke dalam air panas)
Cara-caranya:
- Pukul cream cheese dan gula castor sehingga teksturnya menjadi kembang.
- Masukkan susu pekat manis, esen vanilla dan cream oreo yang di asingkan dari bahan base tadi, lalu teruskan mengadun.
- Kemudian, masukkan whipping cream dan gelatin, lalu adunkan lagi hingga sebati
- Selepas itu, masukkan oreo yang sudah dipatah-patahkan tadi dan kacau sebati dengan menggunakan senduk atau spatula.
- Tuang ke dalam loyang base tadi dan sejukkan selama 5 jam atau semalaman.
Dah siap! Selamat mencuba!
Kredit: Mas Cotek
Kredit: Mas Cotek