Resipi nasi minyak ini sangat sesuai untuk majlis besar, kenduri, atau acara keluarga. Kelembutan nasi basmathi yang digabungkan dengan rempah yang wangi. Walaupun dimasak dalam kuantiti yang banyak, rasa dan kualitinya tetap sempurna.
Selain itu, kismis memberikan elemen manis yang menyatu dengan rasa pedas dan gurih dari tumisan. Nikmati nasi minyak ini bersama gulai kambing, ayam goreng serta acar.
Jom lihat resipi lengkap di bawah ini.
Baca lagi: Resipi Cucur Jagung Bersama Sos Cili, Dah Sejuk Pun Masih Terasa Rangupnya
Cara Penyediaan Nasi Minyak:
1. Pertama sekali, panaskan 2kg minyak masak bersama 1kg marjerin (atau minyak sapi jika suka) dalam kawah atau periuk besar.
2. Setelah minyak panas, masukkan bawang besar yang dipotong mayang, bawang putih, halia, dan 4 sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, dan cengkih). Tumis hingga naik bau wangi dan bahan tumis berubah warna sedikit keemasan.
3. Masukkan 20 liter air ke dalam kawah dan biarkan mendidih.
4. Tambahkan garam, ajinomoto (aji), dan sedikit gula secukup rasa. Pastikan air ini cukup rasa sebelum memasukkan bahan seterusnya.
5. Setelah air mendidih, masukkan 6 tin susu cair dan pewarna kuning telur (1 botol kecil). Kacau rata.
6. Masukkan 2kg kismis ke dalam air yang mendidih bersama bahan-bahan lain. Kismis akan memberikan rasa manis dan tekstur yang sedap pada nasi.
7. Masukkan beras basmathi yang telah dibasuh dan ditoskan. Kacau rata agar beras menyerap semua bahan tumis dan air yang telah diperkaya dengan rempah dan susu.
8. Apabila air hampir kering, tutup kawah atau periuk dengan daun pisang (kalau guna kawah) atau tudung periuk (kalau guna periuk).
9. Jika menggunakan dapur gas dengan empat lingkaran, tutup semua api di bahagian dalam dan hanya biarkan api kecil di luar. Masak dengan api kecil selama 30 minit.
10. Biarkan nasi dimasak sepenuhnya dalam 30 minit. Hasilnya, nasi yang wangi, berperisa, dan enak!
Selamat mencuba!
Sumber: Nazri Mat Zain
Baca lagi: Resipi Sambal Udang Pedas, Ada Cara Nak Bagi Warna Gelap & Lawa!
Resepi prosperity burger ini tidak susah mana. Malah, kebanyakan bahan-bahan yang diperlukan biasanya sudah ada…
Siapa penggemar Maggi Asam Laksa pasti tahu betapa lazatnya dapat makan mi segera dengan kuah…
Apabila ditanya tentang buah yang mudah dimakan pada bila-bila masa, semestinya epal menjadi pilihan. Setelah…
Nak buat hidangan minum petang yang lazat untuk keluarga tersayang di rumah, anda boleh cuba…
Cara masak tomyam yang sedap sebenarnya sangat mudah jika anda menggunakan resipi ini kerana tidak…
Gulai ikan ayo (tongkol) adalah hidangan klasik Kelantan yang sering dihidangkan bersama nasi dagang. Resipi…